Thursday, September 4, 2008

Ogos berlalu datangnya September!

Baru sahaja berlalunya bulan yang amat bersejarah, kini datanglah pula bulan yang mulia. Masa berlalu dalam sekelip mata!

Kepada rakan-rakan yang beragama Islam, Selamat Berpuasa dan kepada mereka yang bukan beragama Islam, bersama-sama kita meraikan bulan yang mulia ini.

Coretan kali ini, ingin saya tekankan kepada rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama dalam barisan kepimpinan Persatuan Mahasiswa UMS agar tidak lalai atau leka dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat kita. Walaupun kita telah pun sampaikan ke penghujung tampuk pemerintahan, tetapi itu bukan alasan untuk kita tidak menjalankan tugas kita. Kepada yang berpuasa pula juga diingat supaya tidak mencuri tulang.

Kesepian Pejabat MPP

Pada bulan yang bersejarah yang lalu, bukan main riuh-rendah pejabat MPP, dengan ada AJK Pesta Konvo Tamu Gadang, AJK Bulan Kemerdekaan dan lain-lain lagi tetapi apabila semulanya berlalu, mulalah kesepian itu terasa. (kita kena Melawan Kesepian - Siti Nurhaliza) Keadaan sunyi sepi di pejabat menyebabkan apabila kita hendak berada dalam pejabat pun perlu berfikir dua tiga kali, maklumlah banyak mahluk halus yang kita tak nampak kan!!!Oleh itu, saya ingin menyeru rakan-rakan akan berkunjung lah ke pejabat selalu. Berapa lama lagikah kita diizinkan untuk menggunakan pejabat ini kan, renung-renungkan bersama!@!

Program Kemerdekaan!!

Syabas dan Tahniah kepada rakan-rakan jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan program kemerdekaan. Penat dan lelah siapalah yang tahu!! tetapi sudah pasti pengalaman yang diperolehi tidak terkira nilainya!.. Malam Citra Merdeka pun berjalan dengan lancarnya dan jayanya ...Syabas dan Tahniah sekali lagi (tetapi pada masa akan datang, jangan bawa makcik yang galas beg tangan bersama sewaktu buat persembahan di pentas)

Pesta Konvo Tamu Gadang Ke-10!!

Tidak juga dilupakan mereka yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga dlm memastikan Pesta Konvo Tamu Gadang Ke-10 diadakan dengan semeriah yang mungkin!! Syabas dan Tahniah juga!! Memang tidak dinafikan banyak masa telah terluang dalam mengendalikan program lagi-lagi program yang bertaraf mega ini, tetapi ingat! pengalaman yang diperoleh melalui program ini bukan semua orang ada, hanya mereka yang menjadi AJK dan betul-betul bekerja sahaja yang tahu, yang curi tulang tu, sori lah!!..Dalam organisasi semestinya ada yang tak kena, ada gosiplah, ada yang cerita ni tak baik tu tak baik, tetapi semua itu hanya sementara sahaja, ingat, jangan berdendam! sebab berdendam tu tiada orang yang susah, kita sendiri yang simpan dendam yang menjadi makin berisi kan?? Maklumlah, lautan mana tidak bergelora dan bumi mana yang tidak ditimpa hujan!

Selain daripada program yang dinyatakan sebelum ini, ada banyak lagi program yang berlangsung sepanjang bulan Ogos, (kalau nak dinyatakan satu persatu, penatlah orang yang membaca kan??) jadi kesimpulannya, TAHNIAH dan SYABAS kepada semua!!!

Baiklah, rasanya cukuplah coretan kali ini, akan bersambung pada masa akan datang (tak tahu bila) Kepada mereka yang membaca, terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menatap coretan ini, kepada yang tidak membaca pun, syabas kerana tidak membazir masa untuk membaca blog orang (buat apa nak sibuk kan)...Jumpa lagi pada masa akan datang!!

Wednesday, August 6, 2008

Karenah PTPTN!!

Terlebih dahulu Salam Sejahtera, Salam Membaca dan Salam Ogos!!

Wahai adik-adik junior, dengarlah nasihat abang-abang Senior dan pegawai yang bertugas...suruh balik dulu datang esok, buat pekak jak....
Al-kisahnya macam ni, ramai adik-adik junior kita ni tak sabar nak bereskan urusan PTPTN tetapi bersabarlah! Dah bilangan nombor yang dikeluarkan oleh PTPTN terhad bagi urusan setiap hari, jadi bagi mereka yang tak dapat nombor tu, datanglah hari seterusnya... Kaunter PTPTN dibuka sehingga hari SAbtu..sempat tu..(kalau tak sempat pun, boleh post guna Pos LAju, Pos Lambat kah>>>macam-macam ada!!) tak payah lah nak berkhemah di luar bilik seminar tu!!

Memang pelbagai keluhan didengari sbb banyak karenah perlu diuruskan untuk urusan PTPTN ni, perlu dapatkan cop pengesahan, dapatkan tandatangan saksi dan sebagainya, tetapi percayalah, seumur hidup hanya sekali jak perlu lalui pengalaman sebegini!! Jadi pasrah lah!!

Ingat kaunter dibuka sehingga hari Sabtu, jadi kalau hari ni tak dapat, datang esok. Kalau esok tak dapat cuba lusa. Kalau lusa tak dapat, cuba hari sabtu....oopsss..kalau hari Sabtu pun tak dapat bereskan ..tak tahulah!!!...

well, all the best ya kepada semua junior yang bertungkus lumus ...see u all..sekian untuk kali ini!!

Monday, July 28, 2008

Pengambilan Sekretariat Pesta Ang Pow 2009

Selamat membaca...

Untuk makluman pembaca, Pesta Ang Pow kembali lagi..

Temuduga pengambilan sekretariat Pesta Ang Pow 2008 akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 29 Julai hingga 2 Ogos 2008
Tempat : bilik Mesyuarat MPP, Anjung Siswa
Masa : 2ptg - 5ptg

Datanglah beramai-ramai untuk menyertai tanpa mengira agama dan bangsa!! Kehadiran anda amatlah dialu-alukan...

Sunday, July 20, 2008

Ini lah manusia!

Ini lah manusia!! Kalau tak tulis apa-apa, dipersoal pula kenapa tak tulis? apabila menulis blog yang baru, dipersoal pula sama ada ia dicut and paste...ini insan yang bergelar manusia!.. tetapi ini tidak menghalang saya daripada terus menulis jika berkesempatan!

Terlebih dahulu ingin memohon maaf kepada saudara Azri yang telah bertungkus-lumus menganjurkan REHLAH tetapi tidak berpeluang untuk mengikutinya.. Pada hari tersebut terdapat kuliah untuk dihadiri dan terpaksa menghadiri Perkhemahan Unit Beruniform yang dianjurkan di sekolah praktikal.

Peringatan kepada semua yang membaca blog ini, terdapat mereka yang belum menghantar Takwim anda, sila buat dengan kadar yang segera!!

Sekian, ini sahaja untuk kali ini...

Friday, July 18, 2008

Lelaki VS Wanita

Yang dahulunya membuai bayi yang nyenyak tidur dalam buaian,
Kini menjadi insan yang mengoncang dunia dengan tangan yang membuai buaian,
Pada dulunya jika wanita memasak di dapur menunggu kepulangan si suami untuk menjamu hidangan,
Kini mereka berentap di alam pekerjaan yang penuh dengan cabaran dan dugaan,
Demikian hebatnya insan yang bergelar wanita di dunia serba canggih ini
Itulah kaum hawa yang kelihatan ayu dan lemah lembut sentiasa…..

Saya terasa terpanggil untuk menulis coretan ini apabila melihat sejak kebelakangan ini pencapaian kaum hawa yang begitu memberansangkan. Bukan dengki, bukan cemburu melihat kejayaan mereka tetapi hanyalah kagum. Senario di atas menunjukkan wanita pada zaman ini adalah berbeza dengan insan yang dahulunya bergelar suri rumah. Pernahkah kaum adam memikirkan perkara ini? Kenapa kejayaan wanita sentiasa kelihatan semakin menyerlah malahan lelaki semakin…(tak tahu ke mana). Bukan hendak mengagungkan kaum hawa tetapi ini hakikatnya. Baru-baru ini, jawatan Ketua Polis Negeri Pahang disandang oleh seseorang wanita yang bergelar Datuk Robiah Abd Ghani . Ini menunjukkan bahawa pada hari ini wanita mampu memimpin sebuah negeri dan tidak mustahillah suatu hari nanti negara kita beralih pucuk pimpinan kepada seorang insan yang bergelar ibu.

Kepada kaum adam, setuju atau tidak, mengaku atau tidak, tetap tidak dapat dinafikan kehebatan, ketangkasan, kebolehan dan kecekapan kaum hawa pada era 2000 ini. Oleh itu, lelaki tidak harus lalai, lelaki tidak harus leka, lelaki tidak harus putus asa dalam menghadapi sebarang dugaan dan cabaran. Hari ini mungkin kita malas, kita penat, kita takut dalam menghadapi dunia cyber ini tetapi ingat!! Kita tidak harus putus asa…Bangkitlah kaum adam, sudah pasti kaum adam tidak akan ketinggalan…..sama-sama kita renungkan…… Sekian.

p/s: Sebarang komen atau pandangan amatlah dialu-alukan. Coretan ini sekadar renungan bersama dan tiada kaitan dengan yang masih hidup mahupun yang telah meninggalkan dunia ini. Terima kasih kerana membaca…

Sunday, July 13, 2008

Selamat Belajar dan Selamat Bertugas

Sudah sekian lama tidak menulis di blog ini menyebabkan persoalan kenapa tidak menulis semakin hangat di kalangan insan yang bergelar MPP. Jadi di sini, ingin saya kongsikan sedikit pengalaman dan pendapat selama tempoh cuti semester ini.

Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Datang kepada Mahasiswa/i UMS yang baru, Selamat Belajar kepada Mahasiswa/i UMS yang bergelar senior, dan Selamat Bertugas kepada semua pemegang jawatan dalam mana-mana organisasi.

Dalam tempoh cuti 8 minggu yang lepas, pelbagai pengalaman diperoleh. Ada yang menggembirakan, ada yang mengeramkan, ada yang menyedihkan, ada yang ........apa-apa saja ada... tetapi yang penting adalah kita mempelajari sesuatu daripada pengalaman tersebut. Kalau ada yang silap, tidak boleh dipersalahkan sebalik perlu berusaha untuk membaiki kelemahan. Kalau dah betul tu, teruskan usaha untuk menjadi yang terbaik antara yang baik.

Kepada semua pembaca blog ini, saya doakan yang terbaik buat kamu semua. Ingin saya akhiri coretan saya di sini dengan ucapan "sampai berjumpa lagi" Selamat Membaca

Wednesday, June 11, 2008

Selamat Datang dan Selamat Membaca

Terlebih dahulu diucapkan selamat membaca blog saya yang buat pertama kali dilakar!!

Dari semasa ke semasa akan saya "update" blog saya bagi anda mengetahui perkembangan saya dan MPPUMS. Oleh sebab kali pertama jadi saya belum bersedia lagi untuk menulis dengan lebih lanjut dan hanya sebagai pembuka tirai untuk tatapan ramai...jadi kita akan berjumpa lagi dalam blog akan datang!!...

Selamat datang dan Selamat Membaca

Ikhlas dariku,
Y.W.CHUA