Yang dahulunya membuai bayi yang nyenyak tidur dalam buaian,
Kini menjadi insan yang mengoncang dunia dengan tangan yang membuai buaian,
Pada dulunya jika wanita memasak di dapur menunggu kepulangan si suami untuk menjamu hidangan,
Kini mereka berentap di alam pekerjaan yang penuh dengan cabaran dan dugaan,
Demikian hebatnya insan yang bergelar wanita di dunia serba canggih ini
Itulah kaum hawa yang kelihatan ayu dan lemah lembut sentiasa…..
Saya terasa terpanggil untuk menulis coretan ini apabila melihat sejak kebelakangan ini pencapaian kaum hawa yang begitu memberansangkan. Bukan dengki, bukan cemburu melihat kejayaan mereka tetapi hanyalah kagum. Senario di atas menunjukkan wanita pada zaman ini adalah berbeza dengan insan yang dahulunya bergelar suri rumah. Pernahkah kaum adam memikirkan perkara ini? Kenapa kejayaan wanita sentiasa kelihatan semakin menyerlah malahan lelaki semakin…(tak tahu ke mana). Bukan hendak mengagungkan kaum hawa tetapi ini hakikatnya. Baru-baru ini, jawatan Ketua Polis Negeri Pahang disandang oleh seseorang wanita yang bergelar Datuk Robiah Abd Ghani . Ini menunjukkan bahawa pada hari ini wanita mampu memimpin sebuah negeri dan tidak mustahillah suatu hari nanti negara kita beralih pucuk pimpinan kepada seorang insan yang bergelar ibu.
Kepada kaum adam, setuju atau tidak, mengaku atau tidak, tetap tidak dapat dinafikan kehebatan, ketangkasan, kebolehan dan kecekapan kaum hawa pada era 2000 ini. Oleh itu, lelaki tidak harus lalai, lelaki tidak harus leka, lelaki tidak harus putus asa dalam menghadapi sebarang dugaan dan cabaran. Hari ini mungkin kita malas, kita penat, kita takut dalam menghadapi dunia cyber ini tetapi ingat!! Kita tidak harus putus asa…Bangkitlah kaum adam, sudah pasti kaum adam tidak akan ketinggalan…..sama-sama kita renungkan…… Sekian.
p/s: Sebarang komen atau pandangan amatlah dialu-alukan. Coretan ini sekadar renungan bersama dan tiada kaitan dengan yang masih hidup mahupun yang telah meninggalkan dunia ini. Terima kasih kerana membaca…
是马华赢了吗?
5 years ago
1 comment:
copy paste?
why so long time juz update?
Post a Comment