Monday, July 28, 2008

Pengambilan Sekretariat Pesta Ang Pow 2009

Selamat membaca...

Untuk makluman pembaca, Pesta Ang Pow kembali lagi..

Temuduga pengambilan sekretariat Pesta Ang Pow 2008 akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 29 Julai hingga 2 Ogos 2008
Tempat : bilik Mesyuarat MPP, Anjung Siswa
Masa : 2ptg - 5ptg

Datanglah beramai-ramai untuk menyertai tanpa mengira agama dan bangsa!! Kehadiran anda amatlah dialu-alukan...

Sunday, July 20, 2008

Ini lah manusia!

Ini lah manusia!! Kalau tak tulis apa-apa, dipersoal pula kenapa tak tulis? apabila menulis blog yang baru, dipersoal pula sama ada ia dicut and paste...ini insan yang bergelar manusia!.. tetapi ini tidak menghalang saya daripada terus menulis jika berkesempatan!

Terlebih dahulu ingin memohon maaf kepada saudara Azri yang telah bertungkus-lumus menganjurkan REHLAH tetapi tidak berpeluang untuk mengikutinya.. Pada hari tersebut terdapat kuliah untuk dihadiri dan terpaksa menghadiri Perkhemahan Unit Beruniform yang dianjurkan di sekolah praktikal.

Peringatan kepada semua yang membaca blog ini, terdapat mereka yang belum menghantar Takwim anda, sila buat dengan kadar yang segera!!

Sekian, ini sahaja untuk kali ini...

Friday, July 18, 2008

Lelaki VS Wanita

Yang dahulunya membuai bayi yang nyenyak tidur dalam buaian,
Kini menjadi insan yang mengoncang dunia dengan tangan yang membuai buaian,
Pada dulunya jika wanita memasak di dapur menunggu kepulangan si suami untuk menjamu hidangan,
Kini mereka berentap di alam pekerjaan yang penuh dengan cabaran dan dugaan,
Demikian hebatnya insan yang bergelar wanita di dunia serba canggih ini
Itulah kaum hawa yang kelihatan ayu dan lemah lembut sentiasa…..

Saya terasa terpanggil untuk menulis coretan ini apabila melihat sejak kebelakangan ini pencapaian kaum hawa yang begitu memberansangkan. Bukan dengki, bukan cemburu melihat kejayaan mereka tetapi hanyalah kagum. Senario di atas menunjukkan wanita pada zaman ini adalah berbeza dengan insan yang dahulunya bergelar suri rumah. Pernahkah kaum adam memikirkan perkara ini? Kenapa kejayaan wanita sentiasa kelihatan semakin menyerlah malahan lelaki semakin…(tak tahu ke mana). Bukan hendak mengagungkan kaum hawa tetapi ini hakikatnya. Baru-baru ini, jawatan Ketua Polis Negeri Pahang disandang oleh seseorang wanita yang bergelar Datuk Robiah Abd Ghani . Ini menunjukkan bahawa pada hari ini wanita mampu memimpin sebuah negeri dan tidak mustahillah suatu hari nanti negara kita beralih pucuk pimpinan kepada seorang insan yang bergelar ibu.

Kepada kaum adam, setuju atau tidak, mengaku atau tidak, tetap tidak dapat dinafikan kehebatan, ketangkasan, kebolehan dan kecekapan kaum hawa pada era 2000 ini. Oleh itu, lelaki tidak harus lalai, lelaki tidak harus leka, lelaki tidak harus putus asa dalam menghadapi sebarang dugaan dan cabaran. Hari ini mungkin kita malas, kita penat, kita takut dalam menghadapi dunia cyber ini tetapi ingat!! Kita tidak harus putus asa…Bangkitlah kaum adam, sudah pasti kaum adam tidak akan ketinggalan…..sama-sama kita renungkan…… Sekian.

p/s: Sebarang komen atau pandangan amatlah dialu-alukan. Coretan ini sekadar renungan bersama dan tiada kaitan dengan yang masih hidup mahupun yang telah meninggalkan dunia ini. Terima kasih kerana membaca…

Sunday, July 13, 2008

Selamat Belajar dan Selamat Bertugas

Sudah sekian lama tidak menulis di blog ini menyebabkan persoalan kenapa tidak menulis semakin hangat di kalangan insan yang bergelar MPP. Jadi di sini, ingin saya kongsikan sedikit pengalaman dan pendapat selama tempoh cuti semester ini.

Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Datang kepada Mahasiswa/i UMS yang baru, Selamat Belajar kepada Mahasiswa/i UMS yang bergelar senior, dan Selamat Bertugas kepada semua pemegang jawatan dalam mana-mana organisasi.

Dalam tempoh cuti 8 minggu yang lepas, pelbagai pengalaman diperoleh. Ada yang menggembirakan, ada yang mengeramkan, ada yang menyedihkan, ada yang ........apa-apa saja ada... tetapi yang penting adalah kita mempelajari sesuatu daripada pengalaman tersebut. Kalau ada yang silap, tidak boleh dipersalahkan sebalik perlu berusaha untuk membaiki kelemahan. Kalau dah betul tu, teruskan usaha untuk menjadi yang terbaik antara yang baik.

Kepada semua pembaca blog ini, saya doakan yang terbaik buat kamu semua. Ingin saya akhiri coretan saya di sini dengan ucapan "sampai berjumpa lagi" Selamat Membaca